Pages

Friday, July 16, 2010

=>Letak gambar muslimah di Facebook<=


soal jawap bersama ustaz:

Assalamualaikum ustaz..Apa hukum muslimah meletakkan gambar mereka yg menutup aurat di dalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه أجمعينوبعد,Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki ,isu niat dan isu fitnah.Firman Allah SWT:Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم

Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا
بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيهDaripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathirقال : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan”Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .Hadith menyebut : ا نما الأعمال بالنياتHanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niatKaidah feqh menyebut :الأمور بمقاصدهاSesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعينوالله أ لم بالصوابDisediakan oleh:Ustaz Zamri Hashim,Sekretariat MUIS...

Pesan Dari Seberang


Pesan Dari Palestin...


Suatu pagi yang hening di Palestin, digemparkan dengan sebuah letupan. Di celahan rumah yang ranap itu, seorang ibu tua berjaya menyelamatkan diri. Rumahnya hancur dibom, anak dan suaminya luluh menjadi cebisan. Hiba menguasai diri.

‘’Aina antum! Aina antum!” jeritan yang lahir dari hatinya, namun tiada yang mendengarinya. Laungan ibu tua itu mencari-cari dimanakah umat Islam sekarang?


Seorang lelaki tua pula bermonolog sendirian=>


“Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslimin dan anak-anak di tanah Isra Rasulullah SAW, tatkala putera-puteri Palestin dibunuh oleh kaum Yahudi seolah-olah mereka ini bagaikan serangga dan mereka menyeru kepada Ummah..lindungi kami...

Kaum wanita mencucurkan airmata mereka di Masjidil Aqsa, mereka menjadi balu, mereka dibunuh dan kemuliaan mereka dicabut di atas bumi mereka. Lantas apakah yang dilakukan oleh kaum Muslimin?

Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian, dari para pemimpin kaum Muslimin yang khianat, dan dari anak-anak Umat Islam yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah Al-Mustafa SAW, lantas apakah yang dilakukan oleh umat Islam?

Apakah umat ini mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah? Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah SAW? Tidak sama sekali!

Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum Muslimin,saya bertanya kepada kalian…. bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat,ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat. Bagaimakah kalian akan berhadapan dengan Allah? Ketikamana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin. Ia berkata, Ya Allah, Ya Tuhan, Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam, namun umat Islam tidak menjawab panggilanku"!!!!

Mampukah kita?

Isu Palestin semakin suam-suam kuku, seiring dengan termeterainya gencatan senjata yang dipersetujui Israel-Hamas. Alhamdulillah, negara haram Israel gagal mendapatkan semenanjung Gaza, sungguhpun begitu harga yang terpaksa dibayar adalah cukup, cukup mahal.Tatkala kita menarik nafas lega diikuti dengan keseronokan kita bersenang-lenang di sini, putera puteri Quds berhempas pulas membina kembali tanah air mereka yang dijarah Zionis laknatullah. Mari kita bersama merenung kembali, apa yang telah kita lakukan untuk Islam. Adakah kita sudah lakukan yang termampu?
Saya selalu berpesan , jangan sekali-kali mudah menyatakan=>
“aku tidak mampu”, ataupun “berdoa sahajalah yang aku mampu”, ataupun “aku tiada kemampuan untuk bertindak” dsb. Kerana cuba kita fikir balik, hanya orang yang di saat kematian, ataupun orang yang pekak,bisu & buta sahajalah yang LAYAK berkata sedemikian. Sedangkan Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh kesemua tangan dan kaki pun boleh berjihad malahkan mati syahid!
Sebaliknya, kita mampu. Jangan kita menyatakan yang kita sudah melakukan yang termampu, kerana dikhuatiri kita berdusta kepada Allah. Bagaimana itu? Kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan kita, bahkan Dialah yang menjadikan kita mampu. Dia memberi ilmu agar kita boleh bertutur dan berbicara, maka kita mampu bertutur dan berbicara mengenai isu2 Palestin dengan orang lain. Allah mengurniakan kita ramai rakan-rakan dan saudara mara, maka kita mampu untuk memahamkan mereka mengenai isu palestin. Allah memberikan kita nikmat masa yang terluang untuk melayari internet, berblogging, berforum dan sebagainya, maka kita mampu menggunakan masa tersebut untuk menulis, menyebarkan isu palestin kepada orang ramai.
Allah memberikan kita wang dan rezeki, serta pilihan antara produk muslim dan kafir, maka kita mampu memilih antara keduanya tersebut.Justeru jangan sekali2 cepat berpuas hati mengatakan – aku dah lakukan yang termampu. Usahlah menipu diri sendiri, apatah lagi menipu Allah yang Maha Mengetahui. Sebaliknya katakanlah kepada diri sendiri – apa lagi yang aku belum lakukan?

ps: teks dalam post yang panjang lebar ini dipetik dari siri video “Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah” yang boleh didapati di YouTube.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI UNSUR BABI..


BHO Blog – Harap pembaca tak terpesona sebab admin tak menukar Babi kepada Bxxx. Tiada apa masalah dengan binatang ini. Cuma sekadar haram dimakan oleh syariah.

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )

> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )

> 3. Ajinomoto ( Thailand )

> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas

> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina

> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand

> 7. Sabun FAB berbuku

> 8. Lobak Jeruk

> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)

> 10. Krim Muka Hazeline Snow



SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi

> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina

> 3. Daging Burger Import

> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina

> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’

> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’

> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam

> 8. Semua sabun mandi yang diimport

> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL

> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam

> 11. Have Pearl Cream

> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald

> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina

> 14.. Beehon Segera Siam

> 15. Sabun Mandi Yang Berminyak



SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum

> 2. Dairy Milk Coklat

> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum

> 4. Sugus Strawberry

> 5. Passer Doily Mixture

> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint

> 7. Scothes Vikmin

> 8. Share Extra Atrenght

> 9. Black Current Jelly

> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges

> 11. Valvis Gelatin

> 12. Sarung Kapsul Ubat

> 13. Ais Krim dalam bekas plastik

> 14. Gula-gula Fruities

> 15 Cake Mets Vilber Punch

> 16 Coklat Cake

> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice

> 18 Semua jenis Jelly

> 19 Semua jenis gincu bibir

> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo

> 21 Lady’s Choice Jelly>

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA

> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD

> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )

> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN

> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP

> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING

> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato ChipsLooks like you have to find another alternative to munch.

Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;

Principal Assistant Director;

Ministry of Health , Malaysia ;

Tel: 03-2540088.

TOP URGENT…….. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS… Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what you eat.

Monday, July 5, 2010

Assalaamu'alaikum..(Do'a)

Marilah kita berusaha apa sahaja yang kita mampu untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza khususnya, dan di Palestin amnya.Mari kita berdoa bersama. Luangkanlah sedikit masa anda untuk kita berdoa. Semoga ALLAH memakbulkan doa kita.

Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami, kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.

Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.

Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya ‘AZIZ, KAU mendengar segala bicara kami, KAU melihat segala apa yang berlaku pada kami, KAU mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami ketahui. Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada KAU sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAUsahaja segala pertolongan kami pinta, hanya kepada KAU sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.

Maka bantulah kami, maka bantulah kami, maka bantulah kami.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,

Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan agamaMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi yang ingin memusnahkan agamaMu.

Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya. Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan kaki kami terikat dari membantu mereka. Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu kami lakukan.

Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan agamaMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan agamaMu.

Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin. Maka dengan penuh hina, kami HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, bantulah mereka, bantulah mereka.

Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza dan seluruh Palestin. Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,

Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya ALLAH.

Ya ALLAH,

Sesungguhnya Yahudi dan segala kuncu-kuncunya, dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya, telah melampau-lampau. Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu, mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu. Hari ini mereka hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menderhaka kepadaMu tanpa henti. Telah KAU hantar ratusan utusan untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari ini ya ALLAH, mereka telah menyakiti saudara-saudara kami, mereka hendak memadamkan agamaMu ya ALLAH....

Sesungguhnya Ya ALLAH, KAU jugalah pemilik nyawa dan hati mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan mereka. Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan mereka.

Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar KAU tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala keberanian mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala kekuatan mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang sedang mempertahankan agamaMu.

Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan dan kelemahan, KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan. Maka campakkanlah ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya. Lemahkanlah segala kekuatan mereka. Hancurkanlah segala keperkasaan mereka. Hinakanlah segala kemuliaan mereka.

Ya ALLAH, hancurkanlah mereka dengan segala kekuatanMu. Ya ALLAH, hantarkanlah api dari langit yang pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad, hantarkanlah teriakan yang pernah KAU hantarkan pada kaum Thamud, hantarkanlah taufan yang pernah kau hantarkan pada Kaum Nuh, tenggelamkanlah mereka seperti mana kau tenggelamkan Firaun dan Haman. Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka, bunuhlah semua tentera mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari mereka.

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..

Kami ini lemah, mungkin kerna dosa kami maka saudara kami diuji sebegini rupa. Maka kami sujud menghina diri, kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI, agar KAU maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami. Ya ALLAH... KAMI hambaMu memohon ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian kami. Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji. YA ALLAH...

Ya ALLAH, KAU sahajalah yang sentiasa bersama-sama hamba-hambaMu. Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, sentiasalah KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan agamaMu di Gaza dan Palestin. Ya ALLAH... kasihanilah mereka. Andai dosa kami besar sehingga KAU tidak memandang kami, maka KAU pandanglah darah-darah yang tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana. YA ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka.

Ya ALLAH, bantulah mereka dan bantulah kami. Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah kami. YA ALLAH, musnahkanlah musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kami. YA ALLAH, bantulah saudara-saudara kami dan bantulah diri kami.

YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami, ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan”

Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,

“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU amat dekat...”

Maka kami menuntut janji-janji itu. Perkenankanlah doa-doa kami. Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.

Ya RABB... YA RABB... YA RABB..

KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami

KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW...

Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH...

Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.

Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.

Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.

Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.

Ameen...

Rasulullah SAW juga telah bersabda,

“ Mu’min dengan mu’min itu ibarat satu jasad, kalau sakit satu bahagian jasad itu, yang lain juga akan terasa”

(Petikan dari Halaqah.net)

Semoga ALLAH merahmati kita semua..