Pages

Friday, July 16, 2010

Pesan Dari Seberang


Pesan Dari Palestin...


Suatu pagi yang hening di Palestin, digemparkan dengan sebuah letupan. Di celahan rumah yang ranap itu, seorang ibu tua berjaya menyelamatkan diri. Rumahnya hancur dibom, anak dan suaminya luluh menjadi cebisan. Hiba menguasai diri.

‘’Aina antum! Aina antum!” jeritan yang lahir dari hatinya, namun tiada yang mendengarinya. Laungan ibu tua itu mencari-cari dimanakah umat Islam sekarang?


Seorang lelaki tua pula bermonolog sendirian=>


“Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslimin dan anak-anak di tanah Isra Rasulullah SAW, tatkala putera-puteri Palestin dibunuh oleh kaum Yahudi seolah-olah mereka ini bagaikan serangga dan mereka menyeru kepada Ummah..lindungi kami...

Kaum wanita mencucurkan airmata mereka di Masjidil Aqsa, mereka menjadi balu, mereka dibunuh dan kemuliaan mereka dicabut di atas bumi mereka. Lantas apakah yang dilakukan oleh kaum Muslimin?

Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian, dari para pemimpin kaum Muslimin yang khianat, dan dari anak-anak Umat Islam yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah Al-Mustafa SAW, lantas apakah yang dilakukan oleh umat Islam?

Apakah umat ini mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah? Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah SAW? Tidak sama sekali!

Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum Muslimin,saya bertanya kepada kalian…. bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat,ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat. Bagaimakah kalian akan berhadapan dengan Allah? Ketikamana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin. Ia berkata, Ya Allah, Ya Tuhan, Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam, namun umat Islam tidak menjawab panggilanku"!!!!

Mampukah kita?

Isu Palestin semakin suam-suam kuku, seiring dengan termeterainya gencatan senjata yang dipersetujui Israel-Hamas. Alhamdulillah, negara haram Israel gagal mendapatkan semenanjung Gaza, sungguhpun begitu harga yang terpaksa dibayar adalah cukup, cukup mahal.Tatkala kita menarik nafas lega diikuti dengan keseronokan kita bersenang-lenang di sini, putera puteri Quds berhempas pulas membina kembali tanah air mereka yang dijarah Zionis laknatullah. Mari kita bersama merenung kembali, apa yang telah kita lakukan untuk Islam. Adakah kita sudah lakukan yang termampu?
Saya selalu berpesan , jangan sekali-kali mudah menyatakan=>
“aku tidak mampu”, ataupun “berdoa sahajalah yang aku mampu”, ataupun “aku tiada kemampuan untuk bertindak” dsb. Kerana cuba kita fikir balik, hanya orang yang di saat kematian, ataupun orang yang pekak,bisu & buta sahajalah yang LAYAK berkata sedemikian. Sedangkan Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh kesemua tangan dan kaki pun boleh berjihad malahkan mati syahid!
Sebaliknya, kita mampu. Jangan kita menyatakan yang kita sudah melakukan yang termampu, kerana dikhuatiri kita berdusta kepada Allah. Bagaimana itu? Kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan kita, bahkan Dialah yang menjadikan kita mampu. Dia memberi ilmu agar kita boleh bertutur dan berbicara, maka kita mampu bertutur dan berbicara mengenai isu2 Palestin dengan orang lain. Allah mengurniakan kita ramai rakan-rakan dan saudara mara, maka kita mampu untuk memahamkan mereka mengenai isu palestin. Allah memberikan kita nikmat masa yang terluang untuk melayari internet, berblogging, berforum dan sebagainya, maka kita mampu menggunakan masa tersebut untuk menulis, menyebarkan isu palestin kepada orang ramai.
Allah memberikan kita wang dan rezeki, serta pilihan antara produk muslim dan kafir, maka kita mampu memilih antara keduanya tersebut.Justeru jangan sekali2 cepat berpuas hati mengatakan – aku dah lakukan yang termampu. Usahlah menipu diri sendiri, apatah lagi menipu Allah yang Maha Mengetahui. Sebaliknya katakanlah kepada diri sendiri – apa lagi yang aku belum lakukan?

ps: teks dalam post yang panjang lebar ini dipetik dari siri video “Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah” yang boleh didapati di YouTube.

No comments:

Post a Comment